Posts

Showing posts with the label Pengurusan keselamatan kebakaran

SEMINAR PENGAWASAN & KESELAMATAN KEBAKARAN BANGUNAN

Image
KEMASKINI (22/05/09): Seminar Pengawasan dan Keselamatan Kebakaran di Bangunan anjuran Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PERSKEB) dan JBPM telah mendapat sambutan hebat daripada para peserta. Adalah dianggarkan seramai lebih 350 peserta menghadiri seminar satu hari ini, kebanyakkan peserta adalah wakil-wakil dari agensi kerajaan, syarikat swasta dan universiti tempatan. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana menganjurkan seminar terbabit kearah meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan keselamatan kebakaran. Seminar yang diadakan sebelum ini di Pahang dan Kuala Lumpur juga diberitakan mendapat sambutan ramai. Walaupun seminar tersebut berjalan lancar tetapi sedikit cacat dengan kegagalan pihak penganjur dan hotel mengendalikan dengan lancar jamuan pagi dan petang (makanan tengahari yang disajikan pun tidak beberapa sedap). Tempat letak kereta bertingkat di Regency Hotel yang baru dibuka 3 bulan juga tidak mesra pengguna, namun begitu ia adalah percuma. MAKLUMAT...

Pengurusan Keselamatan Kebakaran untuk Bangunan Warisan di Malaysia: Kajian Kes Muzium

Kertas kerja ini telah dibentangkan di dalam Seminar Kebangsaan Rupabandar Malaysia: Mengekal Warisan Membina Identiti , 28- 29 November 2007, Lumut, Perak. Prosiding no. 48, m/s. 453 - 462 PENGURUSAN KESELAMATAN KEBAKARAN UNTUK BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA: KAJIAN KES MUZIUM Nurul Hamiruddin Salleh ¹ dan A.Ghafar Ahmad ² Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia ¹ hamiruddin@gmail.com ² aghafar@usm.my ABSTRAK: Terdapat lebih kurang 55 muzium di Malaysia yang menggunakan bangunan warisan sebagai premis institusi mereka. Muzium bukan sahaja menyimpan atau mempamerkan koleksi atau artifak warisan yang tinggi nilainya malah ia juga mempunyai nilai warisan seni bina yang berharga. Kedua-duanya adalah warisan negara yang tidak boleh ditukar ganti dan seharusnya dilindungi serta dipulihara dengan sebaik-baiknya. Dari aspek pengurusan bangunan warisan yang menyimpan artifak berharga, keselamatan kebakaran perlu dititikberatkan. Bangunan wari...