SEMINAR PENGAWASAN & KESELAMATAN KEBAKARAN BANGUNAN



KEMASKINI (22/05/09):

Seminar Pengawasan dan Keselamatan Kebakaran di Bangunan anjuran Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PERSKEB) dan JBPM telah mendapat sambutan hebat daripada para peserta. Adalah dianggarkan seramai lebih 350 peserta menghadiri seminar satu hari ini, kebanyakkan peserta adalah wakil-wakil dari agensi kerajaan, syarikat swasta dan universiti tempatan. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana menganjurkan seminar terbabit kearah meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan keselamatan kebakaran. Seminar yang diadakan sebelum ini di Pahang dan Kuala Lumpur juga diberitakan mendapat sambutan ramai. Walaupun seminar tersebut berjalan lancar tetapi sedikit cacat dengan kegagalan pihak penganjur dan hotel mengendalikan dengan lancar jamuan pagi dan petang (makanan tengahari yang disajikan pun tidak beberapa sedap). Tempat letak kereta bertingkat di Regency Hotel yang baru dibuka 3 bulan juga tidak mesra pengguna, namun begitu ia adalah percuma.

MAKLUMAT SEMINAR:
Pihak Bomba Malaysia, Negeri Perak akan mengadakan satu seminar mengenai Pengawasan & Keselamatan Kebakaran di Bangunan yang akan diadakan di Tower Recency Ipoh pada 21 Mei 2009. Orang ramai digalakan menyertai seminar ini.

Seminar ini adalah dianjur bersama Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.

Siapa Patut Hadir:

Arkitek, Jurutera, Juru Perunding, Pegawai Keselamatan Bangunan, Pemilik Premis, Kontraktor Kebombaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Orang Perseorangan yang berhubung kait dengan peranan Merekabentuk, mMerancang, Menyelenggara dan Memasang Pemasangan Kelengkapan Kebakaran serta Pembangunan Premis.

Penyertaan

Setiap penyertaan akan dikenakan dengan bayaran sebanyak RM300.00 seroang. Bayaran boleh dibuat secara tunai / cek / bank draf. Bayaran secara cek / bank draf hendaklah atas nama

Persatuan Sukan Kebajikan dan Kebudayaa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak (PERSKEB)


Dan dihantar ke alamat

Urusetia Seminar Pengawasan & Keselamatan Di Bangunan

Bahagian Operasi Kebombaan & Penyelamatan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Negeri Perak Darul Ridzuan,
31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
No. Tel : 05-547 4444 / 2596 No. Fax: 05-549 6906 / 548 3192


Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi:-
PgKB I Zuraidah binti Latip (019-211 3688)
PgB Moth Ashikin bin Makhtar (012-521 5898)
PgB Zainud-din bin Abu (012-505 8514)
PKPgB P. Samasuvam (012-510 8379)
PBK II Roshida bin Ismail (013-584 4034)

MAKLUMAT LANJUT DI: http://www.bombaperak.gov.my/onbiz/userhome/11/file/seminar0905.pdf

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian Standards on Safety and Fire Protection

Pengurusan Keselamatan Kebakaran untuk Bangunan Warisan di Malaysia: Kajian Kes Muzium