SEMINAR PENGAWASAN & KESELAMATAN KEBAKARAN BANGUNAN
KEMASKINI (22/05/09): Seminar Pengawasan dan Keselamatan Kebakaran di Bangunan anjuran Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PERSKEB) dan JBPM telah mendapat sambutan hebat daripada para peserta. Adalah dianggarkan seramai lebih 350 peserta menghadiri seminar satu hari ini, kebanyakkan peserta adalah wakil-wakil dari agensi kerajaan, syarikat swasta dan universiti tempatan. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana menganjurkan seminar terbabit kearah meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan keselamatan kebakaran. Seminar yang diadakan sebelum ini di Pahang dan Kuala Lumpur juga diberitakan mendapat sambutan ramai. Walaupun seminar tersebut berjalan lancar tetapi sedikit cacat dengan kegagalan pihak penganjur dan hotel mengendalikan dengan lancar jamuan pagi dan petang (makanan tengahari yang disajikan pun tidak beberapa sedap). Tempat letak kereta bertingkat di Regency Hotel yang baru dibuka 3 bulan juga tidak mesra pengguna, namun begitu ia adalah percuma. MAKLUMAT...